Selasa, 29 Jun 2010

Cobaan! - Pendekar Bujang Lapok


Got the opportunity listening to Ustaz Kazim Elias on Hikmah Dugaan. Among others:
1. Dapat rasa nikmat bila berjaya mengharungi dugaan tersebut
2. Allah nak uji siapakah di antara kita yg amalannya terbaik
3. Untuk naikkan darjat & hapuskan dosa
4. Allah nak bagi ilmu

Ada kaitannya dengan surah Al-Imran Ayat 190 & 191.
سُوۡرَةُ آل عِمرَان

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١)

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)


Oleh sebab itu, apa jua dugaan atau cubaan atau rintangan (dan yg sewaktu dengannya), maka ianya ada hikmah yang tidak kita ketahui kerahsiaannya. Yg tahu hanya Allah Yg Maha Mengetahui.

Cobaan yang disebut dlm filem Pendekar Bujang Lapok memang sesuai dalam menghadapi dugaan namun perlu disandarkan dengan bacaan ayat Quran di atas.

Salam perkongsian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan