Ahad, 3 Julai 2011

10 dulu dan 60 sekarang


Itulah harga ais-krim Malaysia masa umur 9 tahun dan harganya sekarang yg dijual di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI). Dulu banyak jugak yg dijual dengan kak Long bila mak buat ais-krim Malaysia ni. Dah cair pun ada yg nak beli. Pelik jugak!

Ada lebih kurang 29 tahun perjalanan masa sehingga menjadi harganya juga turut berbeza pada jarak yg agak besar. Itulah rasmi hidup...lazimnya tiada yg akan turun dari sudut harga barangan...yg turun hanyalah hujan!.

Foto di atas adalah ais-krim yg disediakan dalam 4 rasa yg berlainan:
1. Asam boi (not sure whether this is the right spelling)
2. Ais krim bubur kacang
3. Strawberry
4. Sarsaparilla (again, not sure about the spelling)
Kenapa begitu banyak?

Sebenarnya, ianya utk dijual oleh Balqis (dgn bantuan Ibrahim & Yusuf - walaupun Yusuf lebih banyak makan dari menjual) sempena karnival SRAI yg berlangsung pada 3 & 4 Julai. Bagi mereka pendedahan sedikit kaedah menjual & hargai betapa rumit utk mencari rezeki. Not sure how much profit they are making out of the Malaysian ice-cream sales?

Jumaat, 1 Julai 2011

Project 2011....



2 new projects in 2011 almost completed at home in Kg Raja as per photos showed above. Insya-Allah by Ramadhan no more construction work around the house.