Sabtu, 24 April 2010

Haiya! Haiya! Haiya!


Haiya! Haiya! Haiya! = Mari! Mari! Mari!

Jangan salah tafsir kerana ia boleh jadi macama bahasa China yg lazimnya menunjukkan seseorang individu itu tidak puas hati / frust dan yg seumpamanya.

Ahlan Wa Sah Lan = Selamat Datang

Well setakat itu sahaja yg boleh diingat daripada skrip perbualan bahasa Arab yang Ibrahim sertai dalam pertandingan Muhawarah di Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam hari ni(24 April 2010). Selebihnya dia yg lebih tahu.

Alhamdulillah Ibrahim berpasangan dgn Adri dapat no 2 dan layak utk wakili zon Kajang ke peringkat Daerah Hulu Langat & kalau menang boleh ke peringkat negeri pulak. Aspek yg perlu dibaiki adalah dari segi kelantangan suara - bab gaya dah ok, kata Ibrahim.

Kalau Ibrahim tak masuk bertanding, maka perkataan muhawarah ni belum lagi masuk kamus! Mungkin lepas ni Ibrahim boleh ikut jejak langkah Mak Ija utk lanjutkan pelajaran dalam Bahasa Arab. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan