Jumaat, 14 Mei 2010

SIDDIQ - The truth hurts


4 sifat wajib bagi Rasul adalah 1-Siddiq, 2-Amanah, 3-Tabligh & 4-Fatanah. Inilah subjek sirah yg dipelajari masa Sekolah Agama di Pagoh waktu kecil. Namun tak berapa difahami sangat apakah relevannya pd diri - mgkn disebabkan tahap pemikiran lebih menjurus kepada nak lulus periksa semata-mata dan tidak diaplikasikan dalam hidup. Kalau diaplikasikan juga, mungkin diluar kesedaran.
Alhamdullilah sekarang ni dah mula sedar sedikit demi sedikit keperluan dan kewajiban utk ikut sifat2 yg mulia ini. Namun semuanya ada cabarannya tersendiri lebih-lebih lagi perkara 1.Siddiq dalam konteks bekerja. Why? ini adalah kerana 'off late' pengurusan lebih suka didendangkan dengan perkara yg seronok / baik / bagus / cantik etc walaupun pada hakikatnya ianya tidaklah setara mana. Jika dimaklumkan sebaliknya, maka keluarlah perkataan2 yg tidak sedap didengar dan tagline Nabil 'Lu pikirlah sendiri' digunapakai.
Ini adalah dugaan / cabaran yg perlu dilalui, like it or not, ini adalah satu kewajiban.
Kita seringkali menggunakan bombastic word demi utk mengelakkan atau mengaburi hakikat sebenar i.e. you are not being SIDDIQ. Sama mcm politik wang = rasuah = duit kopi. Sama sahaja hukumnya i.e. HARAM menipu. Just a thought.

The truth hurts & is a MUST.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan