Sabtu, 3 Julai 2010

Imam Muda - Insya-Allah!



Kuliah Dhuha pada 3 julai 2010 baru2 di Darul Fuqaha disampaikan oleh Ustaz Harmee. Lama jugak tak jumpa beliau kerana dah hampir sebulan lebih tak dapat hadir disebabkan pelbagai urusan peribadi yg perlu diuruskan. Kuliah menggunakan Kitab Al-Halal Wal-Haram karangn Dr Yusuf Al-Qardawi & Riyadus Solihin.

Surprisingly kuliah pagi ni sedikit pendek dan slps habis kuliah terus jumpa Ustaz Harmee utk bersalaman. Dia bagitau bhw pagi ni ada program bersama Imam Muda (ASTRO) dengan pelajar Darul Fuqaha. 'Boleh join & tengok sama' kata Ustaz Harmee. Rupa-rupanya anak-anak di belakang dah nampak kereta Imam Muda kat luar.
Decided to stay back for a while and 'sambut' all the 7 Imam Muda kat surau Darul Fuqaha (mcm tuan rumah aje!). Yg ada Ustaz Azlan aje...memandangkan dia sedikit lewat, apa lagi jadi penyambut tetamu bersama Balqis, Ibrahim, Yusuf & Muhammad le.

Tak sempat utk ambil gambar dari depan...ada gambar dari tepi shj. Tapi sempat juga ambil gambar 2 orang calon Imam Muda (depan kereta Exora Imam Muda ASTRO) di masa hadapan Insya-Allah. Imam Yusuf & Imam Muhammad. Ibrahim mcm mana pulak? yg tu tokoh Imam Besar Insya-Allah. Mungkin sesi di Darul Fuqaha ni akan disiarkan pada hari Jumaat yg akan datang...

1 ulasan:

  1. Wah, mesti penyambut2 tetamu cilik ni masuk tv jumaat ni!!
    -Mak Ija

    BalasPadam