Khamis, 5 Ogos 2010

Mabuk Laut di Pulau Sibu



Dah lama tak mabuk laut - last time mabuk laut semasa mencandat sotong di Pulau Kapas a few years back. Yg baik tentang mabuk semasa mencandat adalah pening & muntah. Muntah akan menjadikan kita letih & membawa kita kepada keadaan khayal dan seterusnya tidur. Lepas tidur kita akan rasa lega. Namun keadaan semasa dalam bot ke Pulau Sibu, Mersing pada 3 & 4 Ogos baru-baru ni sedikit berbeza - pening kepala tapi tak muntah. Maka kesan mabuknya perpanjangan hatta terpaksa skip lunch - itu pun dengan bantuan pil homeopathy mak yg mak ambil masa nak gi Vietnam. Bukan setakat skip lunch, my 2 days on the island was kind of a 'waste'.

Apa iktibar yg diperolehi dari pengalaman ini?
1. dapat hargai betapa susahnya rakan-rakan yg bertugas di Mersing & pulau Sibu, pulau Tinggi dsb
2. syukur kerana Allah kurniakan nikmat yg diperolehi - ada yg lebih susah dari kita dalam mencari rezeki
3. kafarah dosa kerana terlalu confident tak akan mabuk..
4. paksaan dari Allah utk kurangkan bercakap sepanjang sesi dialog dgn ST...less talk, less mistake, less ..less...less

every cloud has it's silver lining (setiap yang berlaku ada manfaatnya - Ustaz Kazim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan