Selasa, 2 November 2010
Labbaik...
-Bergambar ramai-ramai sebelum Yan & Leha bertolak ke Kelana Jaya dr Putra Height-
'Hanya Jauhari Mengenal Manikam' - antara tagline yg biasa kita dengar. Tafsir lebih kurangnya adalah : siapa yg dah go thru sesuatu perkara dalam hidup atau ada ilmu, maka seseorang itu boleh rasakan apa yg org lain lalui atau boleh tahu apa yg berlaku sebab ada ilmu, Insya-Allah.
Itulah kaitanya dengan foto beramai-ramai yg diambil semasa menjengah Yan (anak Tok Andak) di Putra Height pd 30 Okt 2010 yg lalu sebelum berangkat ke tanah suci utk mengerjakan haji bersama Pakej Haji Zahafiz.
Keseronokan bercampur baur dengan kesedihan - juga aku rasai dulu. Seronok sebab dapat ke tanah suci menyahut panggilan Allah (Allah telah perintahkan Nabi Ibrahim panggil manusia...Waazzin finnas..)dan menunaikan Rukun Islam yg ke 5. Juga seronok kerana dapat ziarah nabi dsb. Sedih sebab nak tinggalkan anak-anak yg masih kecil..bagaimanakah keadaan anak-anak sepeninggalan di tanah suci dan pelbagai lg keserabutan fikiran yg dicanang oleh syaitan - inilah dugaan peringkat awalan utk tunai ibadat..
Sebenarnya dugaan beribadat bukan shj pada ibadat haji tetapi juga pada ibadat lain. Cumanya kita tidak perasan ianya merupakan ujian berbanding dgn haji.
Teringat pd pengalaman menunaikan haji tahun 2003 yg lalu...setiap kali menghantar org utk tunaikan haji, memang teringin dan rindu benar utk turut serta. Insya-Allah tahun 2018 akan berkumandanglah Labbaik... dlm perjalanan ke Arafah utk wukuf dari hambaMu ini Ya Allah!
Labbaik...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan