Sabtu, 4 Jun 2011

Sirap Bandung Tarik!


Teluk Intan, Perak -

Kelazimannya teh tarik atau kopi tarik tetapi keistimewaan di Teluk Intan adalah Sirap Bandung Tarik spt yg terpapar di atas. Lokasi ni diketahui sewaktu dalam perjalanan balik ke KL selepas menghadiri majlis perkahwinan Khairi & Hanim di Kg Gajah bersama dengan Afandi.

Memang luar biasa sedikit kaedahnya. Biasanya cedok air bandung dan masuk dalam gelas tetapi yg ini - sedut dari dalam bekas & kemudian masukkan ke dalam gelas. Rasanya juga sedikit berbeza - campur sedikit air kelapa katanya! Boleh lenguh juga tangan kalau kena tarik 200 gelas air bandung sehari. Resipi turun temurun kata penjual tu. Boleh buat peace sign - selepas minta kebenaran utk ambil gambar beliau.

I even bought 2 packets home for the family....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan