Sabtu, 23 Oktober 2010

Extra Cendol...


Foto : Cendol, ais & gula yg boleh ditambah atas meja


Foto : Gambar gerai cendol Leman Dawi

'Bendera Malaysia berasal dari bendera negeri Melaka yg diperkenalkan menjadi bendera Malaysia....'. Ini adalah antara teks yg dibaca oleh Leman Dawi apabila kita masuk ke kedai Cendol beliau yg berlokasi tidak jauh dr Pedas (kolam air panas). Macam-macam info yg dicerita dan dicelotehkan kepada pelanggan yg mengunjungi gerai cendol beliau.

ada ketikanya kita berasa-rasa was-was dgn apa yg diperkatakannya (in-fact at first I thought he was one of those with 'skru-longgar' making such statement - rupanya dia le owner kedai cendol tu). Mungkin disebabkan pengalaman beliau berniaga menyebabkan beliau rasa kita meragui statement yg dikeluarkan...apalagi,terus dikeluarkan buku rujukan yg mengesahkan statementnya. Memang ada keratan akhbar, maklumat lain yg direkodkan dlm buku kecil beliau. Elok jugakan kalau bawa ayat Quran atau Hadis Nabi - byk yg boleh dihafalnya.

Never mind that, apa yg penting gerai cendol Leman Dawi ni membolehkan kita tambah cendol bila kita nak dengan sekali bayar aje. (paling murah RM1.50 utk cendol biasa) Tambah lah berapa kali yg kita nak sebab nak tambah cendol, ais atau gula merah, semuanya ada di atas meja tempat kita menjamu selera cendol kita.

Insya-Allah sekira berkelapangan boleh singgah di Cendol Leman Dawi yg popular dan dipopularkan lagi selepas masuk TV. Mungkin keunikannya adalah
1. Leman Dawi &
2. juga cendol boleh tambah byk kali
3. selain dr masuk tv.

Last but not least, SELAMAT MENIKMATI - syukran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan