Sabtu, 14 Ogos 2010

Masjid Hadid...


14 Ogos 2010
0900hrs - Kuliah Dhuha oleh Ustaz Harme & Ustaz Khairuddin
1130hrs - Alamanda Putrajaya - beli barang dapur
1300hrs - Masjid Besi (HADID) - solat zohor...

Berpusing jugak nak cari jalan ke masjid besi ni walaupun dari jauh dah nampak rupa parasnya. Surprisingly masjid ada parking lot bawah tanah & ada gate - maknanya boleh di'caj' org yg bawa kereta utk solat! Tapi this time around it was free.

Memang cantik dari luarannya & di dalam masjid tersebut...execllence dome + good ventilation hence reduce the need to put up air-condition or lots of fans BUT the lift condition was poor to the extent these words coming out from Yusuf 'Ayah, lif ni dibuat dari kertas ke?' why - sebab tak siap sepenuhnya dan dinding lif ditutup dgn plywood.

Just wondering, how much did cost to build such a grand beautiful mosque?

Khamis, 5 Ogos 2010

Mabuk Laut di Pulau Sibu



Dah lama tak mabuk laut - last time mabuk laut semasa mencandat sotong di Pulau Kapas a few years back. Yg baik tentang mabuk semasa mencandat adalah pening & muntah. Muntah akan menjadikan kita letih & membawa kita kepada keadaan khayal dan seterusnya tidur. Lepas tidur kita akan rasa lega. Namun keadaan semasa dalam bot ke Pulau Sibu, Mersing pada 3 & 4 Ogos baru-baru ni sedikit berbeza - pening kepala tapi tak muntah. Maka kesan mabuknya perpanjangan hatta terpaksa skip lunch - itu pun dengan bantuan pil homeopathy mak yg mak ambil masa nak gi Vietnam. Bukan setakat skip lunch, my 2 days on the island was kind of a 'waste'.

Apa iktibar yg diperolehi dari pengalaman ini?
1. dapat hargai betapa susahnya rakan-rakan yg bertugas di Mersing & pulau Sibu, pulau Tinggi dsb
2. syukur kerana Allah kurniakan nikmat yg diperolehi - ada yg lebih susah dari kita dalam mencari rezeki
3. kafarah dosa kerana terlalu confident tak akan mabuk..
4. paksaan dari Allah utk kurangkan bercakap sepanjang sesi dialog dgn ST...less talk, less mistake, less ..less...less

every cloud has it's silver lining (setiap yang berlaku ada manfaatnya - Ustaz Kazim)

Khamis, 22 Julai 2010

Now u c - now u don't



Muhammad beraksi dengan gigi... kalau tengok betul-betul kedua-dua foto tu ada gigi taring! Panjang atau pendek jar..

Melbourne-KL+++-Melbourne



Hampir sebulan lebih Kak Long & fmly balik ke M'sia - dgn pelbagai tujuan. Selain daripada membentangkan kertas kerja di Limerick, Ireland & di Taiwan, they took the opportunities to sort 'things' out in Malaysia especially on their preparation for extension to finish off Kak Long's phd - should there be a need to do so.

1st photo (copy dari Blog Pak Uteh - dgn izin) - 6th June 2010 LCCT - just arrived from Melbourne
2nd photo - 20th July 2010 LCCT - leaving for Melbourne

Thanks to Pak Uteh, Mak Uteh, Nisa, Ija, Im & Mah for helping out thru out their stay in M'sia.

Bon Voyage

Ahad, 18 Julai 2010

July 15th



Sedikit rumit utk pilih lokasi bagi raikan hari jadi mama kerana sangat kurang makan di luar. Lantaran itu nak cari kedai makan yg 'selesa & sedap' mendatangkan dilemma. Last resort, we settled for Restoran Village View for we have been there before. In fact it was the same venue we celebrated mama's b'day last year. The kids have fun with the fish on the table & also in the pond.

Happy B'day Mama on 15th July!

Ahad, 4 Julai 2010

Masya-Allah...



Perkongsian keadaan langit di Bangi semasa menunggu anak-anak hadiri kelas hafazan.. Teringat akan keadaan nabi yang bergegas ke masjid bila nampak keadaan sebegini - bibit-bibit Hari Kiamat & juga awan hitam yang dibawa kpd kaum Madyan..

Sabtu, 3 Julai 2010

Imam Muda - Insya-Allah!



Kuliah Dhuha pada 3 julai 2010 baru2 di Darul Fuqaha disampaikan oleh Ustaz Harmee. Lama jugak tak jumpa beliau kerana dah hampir sebulan lebih tak dapat hadir disebabkan pelbagai urusan peribadi yg perlu diuruskan. Kuliah menggunakan Kitab Al-Halal Wal-Haram karangn Dr Yusuf Al-Qardawi & Riyadus Solihin.

Surprisingly kuliah pagi ni sedikit pendek dan slps habis kuliah terus jumpa Ustaz Harmee utk bersalaman. Dia bagitau bhw pagi ni ada program bersama Imam Muda (ASTRO) dengan pelajar Darul Fuqaha. 'Boleh join & tengok sama' kata Ustaz Harmee. Rupa-rupanya anak-anak di belakang dah nampak kereta Imam Muda kat luar.
Decided to stay back for a while and 'sambut' all the 7 Imam Muda kat surau Darul Fuqaha (mcm tuan rumah aje!). Yg ada Ustaz Azlan aje...memandangkan dia sedikit lewat, apa lagi jadi penyambut tetamu bersama Balqis, Ibrahim, Yusuf & Muhammad le.

Tak sempat utk ambil gambar dari depan...ada gambar dari tepi shj. Tapi sempat juga ambil gambar 2 orang calon Imam Muda (depan kereta Exora Imam Muda ASTRO) di masa hadapan Insya-Allah. Imam Yusuf & Imam Muhammad. Ibrahim mcm mana pulak? yg tu tokoh Imam Besar Insya-Allah. Mungkin sesi di Darul Fuqaha ni akan disiarkan pada hari Jumaat yg akan datang...